GO UP
Image Alt

Biologi

Terdapat 8 Tapak Biologi di Negeri Perlis

Hutan Lipur Tasik Meranti

Tasik Meranti merupakan tinggalan lombong bijih timah yang terletak di dalam Taman Negeri Perlis. Kedudukannya yang tinggi diatas bukit menjadikannya tadahan air semulajadi yang penting kepada biodiversiti di kawasan tersebut. Sebatang sungai mengalir keluar daripada tasik ini membentuk air terjun Lata Kasih. Sungai ini mengalir ke arah pekan Kaki Bukit melalui sungai bawah tanah di Gua Kelam. Ketika musim hujan, air yang melimpah dari Tasik Meranti menyebabkan berlakunya banjir dan operasi Gua Kelam terpaksa dihentikan seketika. Aktiviti yang boleh dilakukan […]

Pusat Kepelbagaian Biologi Wang Kelian

Pusat Kepelbagaian Biologi Wang Kelian, Perlis ini terletak di dalam kawasan Taman Negeri Perlis. Pusat ini telah dibangunkan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang disalurkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perlis sebanyak RM2,000,000.00. Objektif penubuhan Pusat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemeliharaan kepelbagaian biologi di Taman Negeri Perlis melalui aktiviti kajian dan penyelidikan hutan serta menjadikan negeri Perlis sebagai zon penyelidikan kepelbagaian biologi hutan zon utara tanah air. […]

Rezab Hidupan Liar Wang Pinang

Rezab Hidupan Liar Wang Pinang Kuala Perlis ini berkeluasan seluas 68 hektar dan dikelilingi sebanyak 85% Hutan Batu Kapur manakala selebihnya adalah Hutan Paya Gambut. Kawasan ini menempatkan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang yang telah dibina pada tahun 1992 dan dibuka kepada orang awam mulai 2 Januari 1993. Kawasan berhutan di kawasan ini juga menjadi habitat kepada pelbagai spesies burung, mamalia, reptilia, amfibia, primat dan serangga. Antara kepentingan utama rizab hidupan liar ini adalah pengekalan dan pemuliharaan habitat hidupan liar, […]

Rimba Herba Perlis

Rimba Herba Perlis ini terletak di bawah satu (1) kompleks pengurusan hutan yang sama dengan Taman Eko-Rimba Bukit Ayer yang menempatkan koleksi tumbuh-tumbuhan ubatan yang digunakan oleh penduduk setempat. Koleksi tumbuhan yang terdapat di sini terdiri daripada tumbuhan liar yang sedia ada di taman ini (in-situ), tumbuh-tumbuhan ubatan yang didatangkan dari tempat lain (ex-situ) dan tumbuh-tumbuhan ubatan yang berasal dari negara lain tetapi telah lama diperkenalkan di negeri ini. Dianggarkan sebanyak 721 spesies herba ada dikawasan ini yang terdiri daripada […]

Stesen Penyelidikan FRIM

Stesen Penyelidikan FRIM, Perlis ditubuhkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di kompartmen 23, Hutan Simpan Kekal Mata Ayer, dan aktiviti penyelidikan bernaan spesies jati diberi tumpuan di stesen ini. Biji benih jati dari pelbagai wilayah seperti Thailand, Indonesia, India, Papua New Guinea, Trinidad, Myanmar, Langkawi dan Sabah telah disemai dan ditanam di kompartmen 16, 17, 22 dan 23 Hutan Simpan Mata Ayer. Terdapat satu petak bank klon jati yang dibangunkan pada tahun 1994 dengan sejumlah 71 klon untuk penghasilan bahan […]

Taman Eko-Rimba Bukit Ayer

Taman Eko-Rimba Bukit Ayer   Hutan Lipur ini terletak 12 kilometer dari bandar Kangar. Ia merupakan kawasan hutan semulajadi yang amat menarik untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi (Rajah E33). Air sungai yang dingin, jernih yang dikelilingi hutan tropika menjadikannya satu lokasi yang ideal bagi tujuan berkelah dan berehat. Perbukitan batu kapur di kawasan ini mempunyai tumbuhan hutan kars. Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet Bukit Ayer, glamping, tapak perkemahan, kemudahan tempat letak kereta, tandas dan tempat persalinan, wakaf dan pondok rehat, […]
m

Taman Eko-Rimba Bukit Kubu

Kawasan ini terletak di Kuala Perlis, Perlis dan telah diwartakan menjadi sebahagian Hutan Simpan Kekal pada 14 Julai 2022 seluas lebih kurang 176.7 hektar yang dikenali sebagai Hutan Simpan Bukit Papan, dan menjadi tempat beriadah yang sering dikunjungi penduduk di kawasan Kuala Perlis. Kawasan ini mula dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1992 dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur asas bagi menyokong aktiviti pengunjung seperti denai pendakian, wakaf dan pondok rehat, tandas dan pejabat pengurusan. Kawasan ini agak […]

Taman Ular dan Reptilia

Ia merupakan satu-satunya taman ular seumpamanya di Malaysia yang mempamerkan kepelbagaian ular yang ada di Malaysia. Di sini terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang pameran terbuka. Pengunjung berpeluang untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya. Sebanyak 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 spesies ular di taman ini adalah […]