GO UP
Image Alt

Tidak Ketara

Budaya Tidak Ketara

Alu Bunyi

Permainan ini merupakan muzik yang hanya menggunakan bebera-pa batang alu dan lesung. Batang-batang alu tersebut dihentak pada lesung dan mengeluarkan bunyi dan irama yang tersendiri. Setiap hen-takan adalah sama mengikut rentak setiap alat muzik yang dimainkan bersama Alu Bunyi ini. Alat muzik yang mengiringi permaianan Alu Bunyi ini adalah serunai sebagai melodi, gendang sebagai rentak dan gong kecil sebagai tempo dalam muzik. Peralatan Alu Bunyi hanya menggunakan ‘alu’ dan ‘lesung’. Alu dan lesung yang digunakan untuk permainan ini diperbuat khas […]

Awang Batil

Awang Batil merupakan penglipurlara yang hanya terdapat di Negeri Perlis. Pada mulanya, beliau dikenali den-gan nama ‘Awang Belanga’ kerana menggunakan belanga sebagai muzik iringannya. Disebabkan belanga dipenuhi arang, maka ia digantikan dengan batil, yakni bekas air yang diperbuat daripada tembaga. Kerana itulah penglipurlara ini dipanggil ‘Awang Batil’. Dahulunya, Awang Batil mengemba-ra dari sebuah kampung ke sebuah kampung dan dari sebuah rumah ke sebuah rumah, terutama di rumah yang mengadakan kenduri perkah-winan, untuk mempersembahkan cerita- ceritanya. Awang Batil mempu-sakai banyak cerita […]

Baju Kurung dan Kebaya Perlis

Perlis mempunyai pakaian tradisional kaum wanita yang dikenali sebagai Baju Kebaya Perlis dan Baju Kurung Perlis. Kebaya Perlis boleh dipakai oleh kebanyakan wanita walaupun bersaiz besar kerana kebaya ini tidak mempunyai ‘cutting’ atau ‘pesak’ di sisi (tapi ada ialah pesak di depan) dan tidak menampakkan susuk tubuh pemakainya. Bajunya labuh melepasi punggung. Baju yang asal menggunakan kain yang agak jarang, tetapi sekarang ini telah digantikan dengan kain yang lebih kasar. Potongan belakangnya seperti kurung dan ia tidak ada belahan / […]

Hadrah

Hadrah merupakan kesenian hasil dari Budaya Islam dan Budaya Melayu. Hadrah menggunakan unsur-unsur seni iaitu sastera, tari dan muzik. Terdapat perbezaan antara hadrah negeri Perlis dan negeri-negeri lain. Melodi hadrah dinyanyikan oleh penyanyi beramai-ramai sambil bermain alat muzik. Muzik hadrah dimainkan oleh gendang satu muka yang dipanggil kompang hadrah. Hadrah Perlis mempunyai penari semuanya dari golongan lelaki. Tarian yang ditarikan seperti menceritakan melalui lirik yang dinyanyikan. Hadrah boleh dimainkan pada bila-bila masa tidak mengira waktu dan tempat.

Makanan Tradisi

Perlis mempunyai banyak jenis makanan tradisi sebagai makanan harian atau pada musim perayaan. Ada beberapa makanan ini yang dikaitkan sebagai makanan tradisi Negeri Perlis, antaranya Laksa Kuala Perlis, Kuih Karas, Ringgi atau Emping, Jeruk Maman Perlis, Ketupat Palas, Pulut Mempelam Harum Manis dan Pekasam Puyu.    

Pesta Songkran

Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisioanl masyarakar Siam. Songkran disambut berdasarkan Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas. Songkran bermaksud perubahan. Sekiranya mengikut kalendar masihi, pesta Songkran ini disambut pada pertengahan bulan April. Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai. Air yang disimbah ini seperti mencuci dosa dan menghalang dari nasib buruk. Masyarakat berketurunan Siam di negeri […]

Rambong & Loy Krathong

Tarian Rambong atau ‘Ram Wong’ ini merupakan tarian yang begitu popular dalam kalangan masyarakat Siam yang tinggal di negeri Perlis dan Kedah. Tarian ini ditarikan selepas dilepaskan ‘krathong’ ke dalam air. Tarian ini merupakan tarian yang begitu popular di Thailand semasa mereka menyambut perayaan Loy Krathong yang merupakan satu perayaan yang disambut oleh penganut Agama Buddha Siam semasa bulan purnama pada bulan 12 takwim Qa-mari Thai. Perayaan tersebut dikenali sebagai Loy Krathong di mana loy bererti mengapung dan krathong ber-erti […]

Seni Tari Melayu

Masyarakat Melayu Perlis mempunyai pelbagai jenis seni tari. Tarian Canggung merupakan tarian identiti Negeri Perlis yang berasal dari sebuah tarian Makyung Laut. Variasi tarian Canggung ada persamaan dengan tarian Ronggeng. Keasliannya terletak pada nyanyian secara berbalas pantun untuk menghiburkan penonton. Pantun-pantunnya ada yang menyindir, memikat, mengusik, berjenaka dan sebagainya. Penari-penari akan menari secara berpasangan dan penari-penari puteri me-megang sehelai sapu tangan, menari dan bergilir-gilir menyanyi sambil berbalas pantun secara spontan den-gan penari putera. Penari puteri memakai kain batik, baju kebaya […]