GO UP
Image Alt

Bangunan SUK lama

Bangunan SUK lama

Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perlis terletak di tengah bandar Kangar, dan ianya merupakan sebuah kompleks pentadbiran kerajaan negeri Perlis. Bangunan SUK ini pernah menjadi pejabat penasihat British, Pejabat Menteri Besar, SUK, Speaker Dewan Undangan Negeri, Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Kemajuan Negeri. Bangunan empat tingkat ini mula dibina pada akhir tahun 1930-an.

Mengikut catatan sejarah, satu daripada empat tingkat bangunan dibina menggunakan batu pejal tanpa simen, iaitu menggunakan putih telur dan madu sebagai bahan pelekat batu. Di bahagian atas dan tengah bangunan SUK ini terdapat menara jam yang locengnya berbunyi setiap satu jam dan boleh didengar dari jarak yang jauh. Bangunan SUK ini telah diwartakan sebagai bangunan warisan oleh Jabatan Warisan Negara pada Februari 2011.