GO UP
Image Alt

Awang Batil

Awang Batil

Awang Batil merupakan penglipurlara yang hanya terdapat di Negeri Perlis. Pada mulanya, beliau dikenali den-gan nama ‘Awang Belanga’ kerana menggunakan belanga sebagai muzik iringannya. Disebabkan belanga dipenuhi arang, maka ia digantikan dengan batil, yakni bekas air yang diperbuat daripada tembaga. Kerana itulah penglipurlara ini dipanggil ‘Awang Batil’. Dahulunya, Awang Batil mengemba-ra dari sebuah kampung ke sebuah kampung dan dari sebuah rumah ke sebuah rumah, terutama di rumah yang mengadakan kenduri perkah-winan, untuk mempersembahkan cerita- ceritanya. Awang Batil mempu-sakai banyak cerita rakyat. Sesebuah cerita adalah bersiri-siri dan bersam-bung-sambung sehingga berlanjutan ke beberapa malam. Elemen jenaka diselitkan dalam penceritaannya sam-bil memukul batil menggunakan jari jemari. Pada babak tertentu Awang Batil memakai topeng bagi mencerita-kan watak ‘Hulubalang’ atau ‘Ahli Nu-jum’. Topeng diperbuat daripada kayu yang biasanya dicat merah dan putih. Di rumah yang mengadakan kenduri perkahwinan, Awang Batil membuat persembahan di pondok kecil yang tingginya tiga hingga empat meter. Penonton duduk mengelilingi pondok tersebut mengikuti ceritanya dengan ketawa keriangan.