GO UP
Image Alt

Hadrah

Hadrah

Hadrah merupakan kesenian hasil dari Budaya Islam dan Budaya Melayu. Hadrah menggunakan unsur-unsur seni iaitu sastera, tari dan muzik. Terdapat perbezaan antara hadrah negeri Perlis dan negeri-negeri lain. Melodi hadrah dinyanyikan oleh penyanyi beramai-ramai sambil bermain alat muzik. Muzik hadrah dimainkan oleh gendang satu muka yang dipanggil kompang hadrah. Hadrah Perlis mempunyai penari semuanya dari golongan lelaki. Tarian yang ditarikan seperti menceritakan melalui lirik yang dinyanyikan. Hadrah boleh dimainkan pada bila-bila masa tidak mengira waktu dan tempat.