Pesta Songkran
Songkran merupakan perayaan tahun baru tradisioanl masyarakar Siam. Songkran disambut berdasarkan Kalendar lunar Siam iaitu pada bulan kelima semasa bulan purnama dan jatuh pada hari kelima belas. Songkran bermaksud perubahan. Sekiranya mengikut kalendar masihi, pesta Songkran ini disambut pada pertengahan bulan April. Pesta Songkran ini juga lebih dikenali sebagai pesta air iaitu mereka akan menyimbah air sesama mereka dan juga kepada orang ramai. Air yang disimbah ini seperti mencuci dosa dan menghalang dari nasib buruk. Masyarakat berketurunan Siam di negeri Perlis meraikan perayaan ini. Semoga sifat persefahaman, toleransi dan kerjasama antara masyarakat Siam dengan masyarakat kaum lain dapat terus dikekalkan supaya kita bersama sama dapat menikmati kemakmuran dan kebebasan seperti sedia ada.