GO UP
Image Alt

Rezab Hidupan Liar Wang Pinang

Rezab Hidupan Liar Wang Pinang

Rezab Hidupan Liar Wang Pinang Kuala Perlis ini berkeluasan seluas 68 hektar dan dikelilingi sebanyak 85% Hutan Batu Kapur manakala selebihnya adalah Hutan Paya Gambut. Kawasan ini menempatkan Pusat Pendidikan Biodiversiti Wang Pinang yang telah dibina pada tahun 1992 dan dibuka kepada orang awam mulai 2 Januari 1993. Kawasan berhutan di kawasan ini juga menjadi habitat kepada pelbagai spesies burung, mamalia, reptilia, amfibia, primat dan serangga.

Antara kepentingan utama rizab hidupan liar ini adalah pengekalan dan pemuliharaan habitat hidupan liar, mengekalkan spesies flora dan fauna sedia ada serta meningkatkan perkembangan populasi spesies hidupan liar melalui ekosistem yang lengkap dan pelbagai sumber makanan hidupan liar yang terdapat di dalamnya.

1

Lokasi