GO UP
Image Alt

Alu Bunyi

Alu Bunyi

Permainan ini merupakan muzik yang hanya menggunakan bebera-pa batang alu dan lesung. Batang-batang alu tersebut dihentak pada lesung dan mengeluarkan bunyi dan irama yang tersendiri. Setiap hen-takan adalah sama mengikut rentak setiap alat muzik yang dimainkan bersama Alu Bunyi ini. Alat muzik yang mengiringi permaianan Alu Bunyi ini adalah serunai sebagai melodi, gendang sebagai rentak dan gong kecil sebagai tempo dalam muzik. Peralatan Alu Bunyi hanya menggunakan ‘alu’ dan ‘lesung’. Alu dan lesung yang digunakan untuk permainan ini diperbuat khas daripa-da kayu tui, kayu jawi atau kayu retak duri. Permainan Alu Bunyi ini lazim-nya dipersembahkan ketika musim menuai padi, diganding bersama den-gan temasya ‘mengirik padi’. Dalam temasya tersebut terdapatlah aktiviti menumbuk ‘emping’ dan ‘ringi’. Pada temasya ‘mengirik padi’, para pengi-rik akan menyanyikan lagu ‘Padang Lembah’ disamping berbalas-balas pantun. Ketika ini juga diadakan jamuan ‘serawa buah nangka’ dan ‘sira belingai’ kerana kebetulan pada musim menuai (timur) itulah buah belingai masak. Permainan Alu Bunyi ini akan dimainkan sehingga pukul dua hingga tiga pagi.