GO UP
Image Alt

Baju Kurung dan Kebaya Perlis

Baju Kurung dan Kebaya Perlis

Perlis mempunyai pakaian tradisional kaum wanita yang dikenali sebagai Baju Kebaya Perlis dan Baju Kurung Perlis. Kebaya Perlis boleh dipakai oleh kebanyakan wanita walaupun bersaiz besar kerana kebaya ini tidak mempunyai ‘cutting’ atau ‘pesak’ di sisi (tapi ada ialah pesak di depan) dan tidak menampakkan susuk tubuh pemakainya. Bajunya labuh melepasi punggung. Baju yang asal menggunakan kain yang agak jarang, tetapi sekarang ini telah digantikan dengan kain yang lebih kasar.

Potongan belakangnya seperti kurung dan ia tidak ada belahan / tulang di bahagian bahu. Kebaya Perlis ini cantik dan telah diiktirafkan sebagai pakaian tradisional Negeri Perlis. Baju Kebaya Perlis dipakai semasa keramaian di istana, dipakai oleh golongan bangsawan. Golongan orang awam akan pakai Baju Kurung Perlis. Baju Kurung hampir sama dengan Kedah cumanya bezanya labuh baju sehingga ke paras bawah lutut. Bajunya lebih longgar dan mempunyai poket di sebelah kiri dada.

1

Lokasi