GO UP
Image Alt

Dolomit Rimba Mas

Dolomit Rimba Mas

Tapak kuari Rimba Mas ini terletak tidak jauh daripada Padang Besar Asalnya batuan yang ada dikenali batu reput oleh komuniti tempatan untuk kegunaan untuk turap jalan dan asas pembinaan bangunan. Hanya pada tahun 2001 selepas JMG menjalankan kajian terperinci, batuan reput ini sebenarnya adalah mineral dolomit yang berkualiti tinggi untuk kegunaan bahan pembuatan kaca bergred tinggi. Di lapangan bahan ini kelihatan seperti kulit gajah yang gelap berwarna kelabu dan berkedut. Secara saintifiknya mineral dolomit adalah mineral daripada batuan sedimen karbonat yang mengandungi peratusan mineral CaMg(CO3)2 yang tinggi. Dolomit biasanya wujud secara masif atau sebagai perlapisan dalam batu kapur Formasi Chuping. Sifat dolomit adalah tahan terhadap hakisan dan sukar terlarut berbanding batu kapur biasa. Dolomit mempunyai kekerasan berskala 3.5 hingga 4 berdasarkan skala Mohs dan mempunyai bentuk rombohedral. Pembentukan dolomit di tapak ini dikaitkan dengan proses geologi hidrotermal. Geotapak ini mempunyai nilai warisan yang sangat khusus penting dari aspek saintifik dan bertaraf tempatan.