Granit Bukit China
Geotapak Granit Bukit Chine ini terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand, dalam Taman Negeri Perlis. Geotrail Gua Wang Burma mempunyai denai ataupun rintis yang telah disediakan oleh pihak Taman Negeri daripada Gua Wang Burma. Memperlihatkan banyak bongkah granit di sepanjang Geotrail ber-butiran kasar dengan warna kelabu bertompok hitam iaitu kehadiran mineral biotit dengan fenokris feldspar yang kasar bertabur secara rawak. Tidak banyak singkapan yang baik terdapat di sini, tetapi bongkah besar granit bertaburan di sepanjang anak sungai di dalam kawasan taman negeri ini dan menjadikan kepelbagaian tinggi kewujudan jenis mineral serta batuan disekitar Taman Negeri Perlis. Geotapak ini sesuai untuk kajian penyelidikan pelbagai bidang termasuk, batuan, flora dan juga fauna yang masih terpelihara secara utuh. Tidak banyak maklumat penyelidikan untuk tapak ini menjadikannya cuma bertaraf tempatan.