GO UP
Image Alt

Gua Wang Burma

Gua Wang Burma

Gua Wang Burma ini terletak berhampiran sempadan Malaysia- Thailand iaitu lebih kurang 2 km dari pekan Wang Kelian. Kawasan gua ini terletak dalam Taman Negeri Perlis dan dikenali dengan Geotapak. Gua Burma terdiri daripada batu kapur Formasi Setul dan dan kebanyakan batuannya telah termetamorf dise-babkan lokaliti gua ini terlalu dekat dengan jasad granit di Bukit China. Gua Burma terbahagi kepada dua iaitu Gua Wang Burma 1 dan Gua Wang Burma 2. Ia merupakan antara gua paling terkenal di Perlis kerana keunikan stalagtit dan stalagmit yang terbentuk sejak jutaan tahun dahulu. Gua Wang Burma 2 lebih mencabar dan mempunyai kesukaran tahap tinggi kerana terpaksa mengharungi sungai kecil gua, menyusup lubang-lubang gua yang kecil sehingga terpaksa merangkak, meniarap dan berjalan itik. Terdapat ribuan kelawar bergantungan di bumbung gua. Beberapa kemudahan asas telah disediakan oleh pihak Taman Negeri, antaranya rintisan hutan ke muka gua dan dalam gua terdapat laluan berpagar disedia untuk memastikan keselamatan pengunjung dan juga speleoterm dalam gua. Geotapak Gua Wang Burma sangat sesuai untuk aktiviti rekreasi gua. Selain itu boleh dijadikan tempat pembelajaran dan Pendidikan.

1

Lokasi

Leave a Reply

Accommodation
Meals
Overall
Transport
Value for Money