GO UP
Image Alt

Jujukan Sedimen Bukit Tunku Lembu

Jujukan Sedimen Bukit Tunku Lembu

Bukit Tungku Lembu terletak di kawasan Beseri, tidak jauh daripada Tapak Warisan Gelogi Jujukan Sedimen Bukit Chondong dan tapak geologi ini merupakan bekas tinggalan kuari tanah. Bukit ini merupakan satu tapak warisan geologi yang penting kerana di bukit ini terdapat sempadan dua formasi batuan iaitu unit klastik Formasi Kubang Pasu yang ditindih secara selaras oleh batu kapur Formasi Chuping.

Formasi Kubang Pasu terdiri daripada beberapa fasies, antaranya ialah fasies batu pasir masif, fasies batu pasir laminasi selari, fasies batu pasir berpelapisan silang dan juga fasies batu lumpur. Lapisan Monodiexodina juga terdapat di temui di bahagian atas jujukan. Struktur sedimen seperti struktur riak simetri, lapisan silang dan lapisan selari serta fosil surih boleh ditemui dalam jujukan menegak ke atas formasi Kubang Pasu ini. Banyak fosil yang telah direkodkan di sini, antaranya gastropod, bivalvia, orthocerid dan brakiopod serta krinoid dan fosil surih. Jujukan menegak formasi ini, yang mana kesemua data-data saintisik yang ditemui ini mencadangkan pengendapan formasi ini berlaku di sekitaran laut cetek pada zaman Perm Akhir.

Menindih di atas jujukan sedimen klastik Formasi Kubang Pasu ialah lapisan batu kapur Formasi Chuping. Kajian petrologi terhadap batu kapur ini menemui enam mikrofasies iaitu batu kapur terbreksi, dolomit, batu lumpur, batu wak, batu padat dan batu butir. Tapak ini mempunyai kepentingan saintifik yang tinggi dan bertaraf kebangsaan kerana ada sempadan dua formasi