Kampung Tradisi
Kampung Tradisi merupakan kawasan penempatan yang telah diwarisi oleh orang-orang dahulu untuk beberapa generasi dan mempunyai ciri-ciri per-kampungan yang menonjol. Kampung tradisi di kawasan desa lazimnya berdensiti rendah dan taburan penempatannya dipengaruhi oleh ekonomi setempat seperti pertanian, nelayan, perlombongan dan sebagainya. Dalam Perlis Geopark terdapat beberapa perkampungan yang telah lama wujud dan diturunkan kepada beberapa generasi.