GO UP
Image Alt

Lubang Benam Kem Oran

Lubang Benam Kem Oran

Kem Oran terletak kawasan Mata Ayer, Perlis, iaitu di selatan Bukit Chuping. Pada Oktober 2000, empat lubang benam berdiameter 8.5 – 15.0m dengan kedalaman dari 0.5 – 10.0m tiba-tiba dikesan di bahagian tengah Kem Oran. Hasil kajian JMG menunjukkan kawasan berlakunya lubang benam ini didasari oleh batu kapur yang dipercayai sambungan daripada batu kapur yang membentuk Bukit Chuping. Lubang benam di Kem Oran ini adalah salah satu contoh kejadian alam yang sering berlaku di kawasan batu kapur, yang mana proses luluhawa kimia telah membentuk rongga dalam lapisan batu kapur di bawah sub permukaan bumi.

Biasanya runtuhan rongga inilah yang menyebabkan berlakunya lubang benam. Tapak ini bertaraf kebangsaan dan mempunyai nilai saintifik tinggi serta sesuai untuk tujuan penyelidikan/pemantauan bencana kawasan batu kapur.