GO UP
Image Alt

Pemandangan Indah Landskap Tasik Timah Tasoh

Pemandangan Indah Landskap Tasik Timah Tasoh

Empangan Timah Tasoh terletak 17KM ke utara Bandar Kangar, Mukim Beseri. Empangan Timah Tasoh mendapat nama daripada pertemuan dua batang sungai utama yang melalui kawasan ini pada suatu masa dahulu iaitu Sungai Timah dan Sungai Tasoh. Projek pembinaan Empangan Timah Tasoh bermula pada 1987 dan siap sepenuhnya pada tahun 1992. Benteng utama Empangan Timah Tasoh diperbuat daripada tanah sepanjang 3.5km. Keluasan kawasan takungan adalah 13.3 km2 dan dapat menampung takungan sebanyak 40MCM, pada aras takungan biasa RL29.1m. Daripada jumlah takungan tersebut hanya 33.3MCM sahaja dapat digunakan selebihnya adalah takungan mati. Fungsi Empangan Timah Tasoh adalah untuk menyediakan punca bekalan air minuman untuk bekalan domestik (75,000 m3/hari). Selain itu, ia untuk mewujudkan satu sistem bekalan air pertanian untuk kawasan seluas 3,075 hektar. (55 juta m3/tahun) dan untuk mengawal kejadian banjir pada musim hujan. Panorama indah boleh dinikmati di tasik ini.