Pinakel Bukit Batu Putih
Geotapak Bukit Batu Putih merupa-kan bukit selatan Banjaran Nakawan yang terletak di Kuala Perlis. Kawasan ini bersempadan dengan negara Thailand dan terdapat tembok batu yang dibina untuk memisahkan dua negara. Di tapak ini terdapat beberapa berbukitan mogot kecil terasing yang dikelilingi oleh dataran alluvium. Bukit batu kapur Formasi Setul ini memperlihatkan ciri-ciri pinakel batu kapur, gua-gua kecil dan morfologi takit laut kuno. Perbukitan batu kapur belum dibangunkan dan masih dalam keadaan semula jadi, dan belum banyak kajian saintifik dilaporkan daripada kawasan ini.