GO UP
Image Alt

Pusat Kepelbagaian Biologi Wang Kelian

Pusat Kepelbagaian Biologi Wang Kelian

Pusat Kepelbagaian Biologi Wang Kelian, Perlis ini terletak di dalam kawasan Taman Negeri Perlis. Pusat ini telah dibangunkan di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang disalurkan oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) kepada Jabatan Perhutanan Negeri Perlis sebanyak RM2,000,000.00. Objektif penubuhan Pusat ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemeliharaan kepelbagaian biologi di Taman Negeri Perlis melalui aktiviti kajian dan penyelidikan hutan serta menjadikan negeri Perlis sebagai zon penyelidikan kepelbagaian biologi hutan zon utara tanah air.

Pembangunan kawasan ini meliputi dua (2) komponen utama:

i. Pembangunan Pusat Kepelbagaian Biologi Wang Kelian yang meliputi kerja-kerja pembinaan sebuah makmal beserta kelengkapan dan pembinaan sebuah menara pemerhati beserta kelengkapan sebagaimana yang telah siap dibangunkan; dan

ii. Pembangunan Aktiviti/ Maklumat yang mana salah satu komponen yang terlibat adalah memberi latihan kepada Komuniti Taman Negeri Perlis sebagaimana beberapa siri kursus yang telah dianjurkan sebelum ini. Selain itu, beberapa plot kajian dan bancian hutan telah dilaksanakan dimana dapatan hasilnya akan ditempatkan di bilik perbincangan, makmal. Jabatan Perhutanan Negeri Perlis juga sedang menyediakan Pelan Pembangunan Pusat Kepelbagaian Biologi Wang Kelian, Perlis bagi menjadi asas rujukan pembangunan dan pelaksanaan aktiviti di kawasan tersebut.

Penubuhan Pusat ini dilihat dapat memberikan impak yang positif di dalam konteks pembangunan ekonomi negeri yang mana secara tidak langsung mampu:i.

i.   Menjana pendapatan penduduk setempat melalui peluang-peluang pekerjaan kepada komuniti;
ii.  Meningkatkan jumlah kemasukan pelawat ke negeri Perlis;
iii. Menjadikan negeri Perlis sebagai pusat rujukan sumber biodiversiti bagi zon utara tanah air; dan
iv. Meningkatkan pengetahuan komuniti terutamanya golongan belia dalam bidang penyelidikan berteraskan biodiversiti.

Pusat ini juga merupakan tempat untuk memulakan perjalanan ke tapak geologi Gua Wang Burma dan ke Granit Bukit China.

1

Lokasi