GO UP
Image Alt

Rambong & Loy Krathong

Rambong & Loy Krathong

Tarian Rambong atau ‘Ram Wong’ ini merupakan tarian yang begitu popular dalam kalangan masyarakat Siam yang tinggal di negeri Perlis dan Kedah. Tarian ini ditarikan selepas dilepaskan ‘krathong’ ke dalam air. Tarian ini merupakan tarian yang begitu popular di Thailand semasa mereka menyambut perayaan Loy Krathong yang merupakan satu perayaan yang disambut oleh penganut Agama Buddha Siam semasa bulan purnama pada bulan 12 takwim Qa-mari Thai. Perayaan tersebut dikenali sebagai Loy Krathong di mana loy bererti mengapung dan krathong ber-erti bekas dimana daun pisang akan dilipat dan dicantum menjadi bentuk bunga teratai. Perayaan ini adalah bagi penganut Buddha (keturunan Siam) menunjukkan rasa berterima kasih kepada Dewi Air dengan melancarkan beribu-ribu bekas berbentuk bunga teratai yang dihiasi dengan bunga, duit syiling, lilin dan colok. Penganut Buddha (keturunan Siam) percaya bahawa Krathong mampu menghanyutkan dosa, nasib malang, dan penderitaan apabila dibebaskan ke dalam laut.