GO UP
Image Alt

Saliran Kars Bukit Jernih

Saliran Kars Bukit Jernih

Geotapak Saliran Kars Bukit Jernih terletak di utara Bukit Keteri, berhampiran dengan Kampung Kubang Tiga. Bukit jernih telah dibangunkan sebagai kawasan rekreasi, dan menjadi tarikan penduduk tempatan untuk melakukan aktiviti perkelahan bersama keluarga sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan bunyi air yang mengalir tenang. Geotrail Bukit Jernih diuruskan oleh Persatuan Geoguide Perlis Geopark. Landskap indah kehijauan yang terdapat di taman rekreasi ini menjadikannya lokasi tumpuan ramai orang yang ingin beriadah pada hujung minggu, melakukan aktiviti perkhemahan, aktiviti lasak dan eksplorasi gua. Taman rekreasi ini lengkapi dengan kemudahan asas, tapak BBQ, jogging serta sesuai bagi aktiviti riadah. Asalan Kejadian Bukit batu kapur ini membentuk landskap mogot (perbukitan terasing bertebing tegak), terdiri daripada Formasi Chuping yang berusia Trias (sekitar 220 juta tahun dahulu). Fosil yang terdapat di Bukit Jernih adalah seperti Foraminifera, Nautiloid, Crinoidea serta pelbagai serpihan dan longgokan Cengkerang. Terdapat beberapa jenis morfologi di Bukit Jernih dan antara yang paling menonjol ialah saliran sungai bawah tanah. Morfologi lain ialah hamparan batu, gua, takik, karren, lapis, mushroom dan struktur sesar yang dapat dilihat dari jauh. Kesemua bentuk morfologi ini adalah hasil proses luluhawa kimia terhadap batuan karbonat. Struktur takik boleh dikaitkan dengan aras air bawah tanah (atau sungai) ataupun aras laut kuno pada masa dahulu.

 

Banner bukit jernih

Batu bukit jernih