GO UP
Image Alt

Seni Tari Melayu

Seni Tari Melayu

Masyarakat Melayu Perlis mempunyai pelbagai jenis seni tari. Tarian Canggung merupakan tarian identiti Negeri Perlis yang berasal dari sebuah tarian Makyung Laut. Variasi tarian Canggung ada persamaan dengan tarian Ronggeng. Keasliannya terletak pada nyanyian secara berbalas pantun untuk menghiburkan penonton. Pantun-pantunnya ada yang menyindir, memikat, mengusik, berjenaka dan sebagainya. Penari-penari akan menari secara berpasangan dan penari-penari puteri me-megang sehelai sapu tangan, menari dan bergilir-gilir menyanyi sambil berbalas pantun secara spontan den-gan penari putera. Penari puteri memakai kain batik, baju kebaya labuh dan bunga-bungaan tersunting yang disanggul. Penari putera memakai baju Melayu dan bersongkok. Canggung dipersembahkan ketika musim menuai dan di majlis perkahwinan dan keramaian. Semasa musim menuai dan men-getam padi, ada beberapa seni tari dipersembahkan di atas pentas yang didirikan di dalam kampung atau di tengah sawah, iaitu Tarian Cik Lang dan Tarian Inang Tua. Tarian ini juga diadakan semasa majlis perkahwinan. Kaum nelayan pula mempunyai Tarian Cinta Sayang menggambarkan suasana keluarga nelayan yang mengucapkan selamat belayar kepada para nelayan dan berdoa untuk keselamatan mereka serta dapat memperolehi rezeki yang banyak. Tarian Terinai merupakan salah satu warisan seni budaya yang telah ber-tapak lama di Negeri Perlis kira-kira dalam tahun 1897 sehingga tahun 1904.

 

Tarian ini dipersembahkan dalam keramaian istana, bersama irama serunai yang mempunyai enam lubang di bahagian atas dan satu lubang di bahagian bawah, sepasang gendang dan dua biji gong. Gendang pula mempunyai muka kecil dan akan dipalu dengan sejenis rotan yang telah diikat dan dijalin. Tarinai juga diiringi oleh paluan ‘Gendang Terinai’ dengan memainkan tiga buah lagu iaitu Temang Welo, Selong dan Mak Inang. Irama ini mempersembahkan sekali tariannya yang lemah gemalai dan begitu mengasyikkan, bersama lilin di tangan mencipta satu keadaan yang sangat indah dan mengharukan. Tarian ini masih dimainkan juga di majlis-majlis perkahwinan masyarakat tempatan. Joget Kain Batik merupakan sebuah tarian joget yang terdiri daripada ‟puteri-puteri joget‟ yang akan memakai kain batik panjang. Para penari akan berbalas pantun mengenai kain batik antara penari perempuan dengan penari lelaki dalam sebuah persem-bahan joget. Tarian Ayam Didik membawa erti ayam yang dipelihara dan dimanja-kan oleh tuannya. Oleh itu, tarian ini menggambarkan sifat manja pe-nari-penari yang melakukan persem-bahan. Keistimewaan gerak tarian ini adalah para penari cuba memikat antara satu sama lain dengan cara saling bergurau senda. Muzik iringan adalah sama seperti muzik yang mengiringi tarian Canggung.

 

Menurut sejarah, tarian ini dicipta berasaskan kepada permainan sabung ayam yang sangat digemari oleh sebilangan masyarakat di Negeri Perlis pada suatu ketika dahulu. Tarian Layang Emas dicipta ketika Raja Perlis menghantar ufti bunga emas kepada kerajaan Siam sewaktu negeri ini di bawah naungan kerajaan Siam dengan menaiki gajah. Ketika itulah, seorang gembala gajah yang dipanggil Tuk Jambul bersama rakannya Ecan mencipta lagu ‘Layang Mas’. Setelah pulang dari Siam, kedua-dua gembala gajah tadi mencipta pula tarian ‘Layang Mas’. Tarian Layang Mas ini hanya ditarikan oleh penari wanita sahaja.