GO UP
Image Alt

Sesar Bukit Chabang

Sesar Bukit Chabang

Bukit mempunyai dua puncak dan dari jauh kelihatan mempunyai bukit ini bercabang dua. Ianya dibina oleh jujukan batu kapur Forma-si Chuping yang berusia Perm. Kajian menunjukkan bukit yang bercabang ini adalah disebabkan oleh satu zon sesar yang memisahkan dua puncak yang ada. Sesar ini dikaitkan dengan aktiviti tektonik yang pernah berlaku di Perlis Geopark kemungkinan semasa Orogeni Indonesia. Geotapak ini belum dibangunkan, tetapi mempunyai peminat yang tersendiri terutamanya mereka yang sukakan aktiviti lasak (memanjat bukit). Terdapat kemudahan berfoto di kaki Bukit Chabang Mari yang dibangunkan atas inisiatif komuniti dengan bantuan BPEN Perlis. Tapak ini mempunyai kepentingan saintifik bertaraf tempatan yang berpotensi untuk dijadikan kawasan rekreasi.