GO UP
Image Alt

Stesen Penyelidikan FRIM

Stesen Penyelidikan FRIM

Stesen Penyelidikan FRIM, Perlis ditubuhkan oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di kompartmen 23, Hutan Simpan Kekal Mata Ayer, dan aktiviti penyelidikan bernaan spesies jati diberi tumpuan di stesen ini. Biji benih jati dari pelbagai wilayah seperti Thailand, Indonesia, India, Papua New Guinea, Trinidad, Myanmar, Langkawi dan Sabah telah disemai dan ditanam di kompartmen 16, 17, 22 dan 23 Hutan Simpan Mata Ayer.

Terdapat satu petak bank klon jati yang dibangunkan pada tahun 1994 dengan sejumlah 71 klon untuk penghasilan bahan tanaman berkualiti tinggi dan petak ini telah mendapat pengiktirafan rekod kebangsaan Malaysian Book of Record sebagai koleksi terbanyak Klon Jati pada 14 Jun 2012.

Di stesen penyelidikan FRIM Perlis ini terdapat banyak kemudahan seperti dewan, tapak perkhemahan, tempat kediaman (rumah dan asrama), tempat memasak serta sebuah titian kanopi. Titian kanopi ini sepanjang 100 meter dengan enam buah menara pandang dan sebuah menara utama berketinggian antara 6–17 meter bagi tujuan supaya pengunjung melihat sendiri pemandangan dari atas rangkaian silara pokok bagi tujuan pemerhatian flora dan fauna di kawasan tersebut. Pengunjung juga berpeluang untuk melihat demonstrasi pembiakan tampang, pembuatan kompos dari daun jati dan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan bahan tanaman di sini.

1

Lokasi