GO UP
Image Alt

Stratigrafi Utan Aji

Stratigrafi Utan Aji

Gunung Utan Aji merupakan sebuah bukit rendah di selatan Bukit Lagi dan dikelilingi dataran alluvium (sawah padi). Tapak warisan geologi di Gunung Utan Aji ini adalah sebuah kuari tanah yang mendedahkan unit batuan klastik yang kaya dengan fosil, dan juga batu kapur yang berusia daripada zaman Silur/ Devon hinggalah Karbon. Jujukan paling bawah tersingkap di bahagian baratdaya (SW) kuari iaitu jujukan yang terdiri daripada batu kapur ber-stilolit serta bernodul Formasi Setul (Batu Kapur Mempelam) yang berusia Silur. Batu kapur ini kemudiannya ditindih oleh lapisan syal hitam Devon mengandungi langgunensis Awal yang fosil Monograptus graptus langgunensis dan Nowakia acuaria.

Formasi Setul dan Formasi Kubang Pasu dipisahkan oleh sesar. Jujukan klastik Formasi Kubang Pasu diwakili oleh batu lumpur tebal pelbagai warna berselang-seli dengan batu pasir yang memaparkan riak simetri dan tidak simetri, dan struktur lapisan silang plana serta lapisan silang hummocky. Dalam batu lumpur ada dilaporkan terdapat pebel kelikir yang mencadangkan endapan oleh pengaruh glasier (Meor & Lee, 2005). Fosil Karbon Awal banyak terdapat di dalam batu lumpur Formasi Kubang Pasu, antaranya trilobit cyrtosymbolid (Waribole, Langgonbole), brachiopod (Malayanoplia, Tournquistia, Echi-nocoeliopsis, Emanuella), bivalvia Posidonia, pectinid, rugosa dan tabu-lata, ammonid dan krinoid. Geotapak ini mempunyai kepentingan saintifik yang tinggi kerana terdapat sem-padan formasi dan kaya dengan fosil.