GO UP
Image Alt

Stromatolit Bukit Batu Pahat

Stromatolit Bukit Batu Pahat

Tapak Warisan Geologi Stromatolit Bukit Batu Pahat merupakan sebuah kuari batu kapur yang masih aktif, terletak tidak jauh daripada Kelab Golf Putra di Sungai Batu Pahat. Aktiviti kuari pada Batu Kapur Formasi Setul telah mendedahkan struktur batuan stromatolit yang dihasilkan oleh fosil alga yang hidup pada zaman Ordo-visi. Stromatolit dicirikan oleh bentuk turus dan kubah yang sangat menarik memperlihat struktur bergelombang yang mempunyai ketebalan melebihi 7 meter (Rajah E8). Tapak geologi ini bertaraf kebangsaan dan mempunyai kepentingan saintifik yang sangat tinggi kerana stromatolit di kuari ini sangat unik dan hanya satu satunya stromatolit Ordovisi yang dilaporkan di Malaysia. Selain itu pelbagai jenis fosil Ordovisi ditemui bersama-sama dengan stromatolit ini.