GO UP
Image Alt

Taman Arkeologi Gua Semadong

Taman Arkeologi Gua Semadong

Gua Semadong terletak di Bukit Semadong, berhampiran dengan Bukit Tungku Lembu. Sedikit pendakian diperlukan untuk sampai ke kebuk gua (rock shelter) Gua Semadong. Gua ini ditemui pada 2017 dan telah dilakukan kerja ekskavasi oleh Jabatan Warisan Negara. Beberapa petak ekskavasi telah dibuka dan dalam stratigrafi tanah ditemui adanya lapisan pembakaran. Antara bahan prasejarah yang ditemui ialah tengkorak manusia, serpihan tulang manusia dan haiwan, cengkerang dan kerang yang merupakan sisa makanan, alat batu dan pecahan tembikar tanah. Tengkorak yang ditemui telah dihantar ke Pusat Arkeologi Global USM untuk kajian lanjut.

Selain artifak yang ditemui dalam petak ekskavasi, dalam Gua Semadong ini juga ditemui lukisan pada dinding gua. Terdapat lukisan berbentuk lakaran gajah, lembu, ular, manusia dan mawas yang dipercayai mempunyai pengaruh Hindu-Buddha, dan dianggarkan sekitar abad ke-5 hingga ke-10 Masihi. Penemuan artifak dan lukisan gua ini mencadangkan terdapat komuniti prasejarah yang hidup di Perlis sekitar 5000 hingga 10000 tahun dahulu. Tapak arkeologi Gua Semadong ini mempunyai nilai warisan yang sangat tinggi kerana beberapa penemuan lain yang serupa (terutamanya lukisan gua) telah musnah akibat kerja pengkuarian.

1

Lokasi

Leave a Reply

Accommodation
Meals
Overall
Transport
Value for Money