GO UP
Image Alt

Taman Budaya Negeri Perlis

Taman Budaya Negeri Perlis

Telah dibina pada bulan Disember 1999 dan siap pada April 2001 dan kini dikenali sebagai Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Perlis. Taman budaya ini berfungsi untuk mempromosi dan mengembangkan kebudayaan yang ada di negeri Perlis. Pelbagai kemudahan yang disediakan seperti auditorium, pentas terbuka / laman seni, bilik seminar, studio lakon / tari / muzik, galeri seni budaya, pusat sumber seni budaya, gelanggang gasing, surau lelaki / wanita, tandas awam dan tempat letak kenderaan. Kompleks ini terletak di Persiaran Wawasan, Kangar, Perlis.