GO UP
Image Alt

Taman Eko-Rimba Bukit Ayer

Taman Eko-Rimba Bukit Ayer

Taman Eko-Rimba Bukit Ayer

 

Hutan Lipur ini terletak 12 kilometer dari bandar Kangar. Ia merupakan kawasan hutan semulajadi yang amat menarik untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi (Rajah E33). Air sungai yang dingin, jernih yang dikelilingi hutan tropika menjadikannya satu lokasi yang ideal bagi tujuan berkelah dan berehat. Perbukitan batu kapur di kawasan ini mempunyai tumbuhan hutan kars. Beberapa kemudahan disediakan seperti chalet Bukit Ayer, glamping, tapak perkemahan, kemudahan tempat letak kereta, tandas dan tempat persalinan, wakaf dan pondok rehat, kolam renang dan tempat mandi manda semulajadi serta gerai makan.

1

Lokasi