GO UP
Image Alt

Taman Ular dan Reptilia

Taman Ular dan Reptilia

Ia merupakan satu-satunya taman ular seumpamanya di Malaysia yang mempamerkan kepelbagaian ular yang ada di Malaysia. Di sini terdapatnya pelbagai spesis ular yang boleh di lihat di ruang pameran tertutup mahupun di ruang pameran terbuka. Pengunjung berpeluang untuk mendekati haiwan eksotik ini dengan lebih dekat dalam suasana yang hampir sama dengan habitat asalnya.

Sebanyak 150 ekor ular dari 34 spesies di taman ini. 25 spesies ular tempatan dan sembilan spesies dari luar negara. 10 spesies ular di taman ini adalah jenis yang berbisa dan selebihnya tidak berbisa.
Ular sawa, ular tedung selar, ular tedung senduk, ular ekor merah, ular kapak bakau, ular rusuk kerbau dan ular katam termasuk katam tebu, katam payung serta punti antara jenis ular yang terdapat di sini.
Paling berbisa ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80 kilogram dan panjang 23 kaki.

Pengunjung juga berpeluang melihat landak, memerang, biawak hutan, biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana dan tuntung.

1

Lokasi