Tasik Kars Meranti
Tasik Meranti merupakan tinggalan lombong bijih timah yang terletak di dalam Taman Negeri Perlis. Kedudu-kannya yang tinggi di atas bukit menjadikannya kawasan tadahan air semula jadi yang penting kepada biodiversiti di kawasan tersebut. Sebatang sungai mengalir keluar daripada tasik ini membentuk air terjun Lata Kasih. Sungai ini mengalir ke arah pekan Kaki Bukit melalui sungai bawah tanah ke Gua Kelam. Ketika musim hujan, air yang melimpah dari Tasik Meranti menyebabkan banjir berlaku dan operasi Gua Kelam terpaksa dihentikan seketika kepada pengunjung untuk keselamatan orang ramai. Kawasan sekitar Tasik Meranti sangat kaya dengan kepelbagaian biologi dan antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah perkhemahan, rintisan dalam hutan dan mendaki Bukit Pelarit.