GO UP
Image Alt

Travertin Bukit Manek

Travertin Bukit Manek

Bukit Manek antara bukit batu kapur yang terdapat di sebelah timur Em-pangan Timah Tasoh, iaitu terletak di selatan Bukit Chabang. Keseluruhan bukit ini terbina daripada jujukan batu kapur Formasi Chuping yang berusia Perm. Mengikut cerita masyarakat tempatan, nama bukit ini dikaitkan dengan jumpaan biji manik yang sangat banyak di kawasan itu. Biji manik di gunakan sebagai wang untuk pembelian sesuatu barang pada zaman dahulu. Dengan adanya jumpaan ini menunjukkan telah wujud peradaban dan sistem ekonomi di kawasan tersebut. Terdapat beberapa aktiviti rekreasi yang telah dijalankan di sini oleh komuniti. Terdapat dusun buah-buahan kepunyaan komuniti yang boleh dilawati di sini. Perkhidmatan pengangkutan seperti jip dan ATV juga disediakan oleh komuniti di sini untuk bersiaran di sekitar Bukit Manik.