GO UP
Image Alt

August 2023

Perlis Geopark merangkumi keseluruhan Negeri Perlis yang merupakan negeri paling utara di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu pada kedudukan 6° 15” N hingga 6° 45” N dan 100° 5” E hingga 100° 25” E. Luas kawasan Perlis Geopark ialah 1,001 kilometer persegi. Keluasan kawasan projek geopark ini meliputi keseluruhan tanah daratan Negeri Perlis seluas 819 kilometer persegi dan kawasan luar pantai seluas 182 kilometer persegi (3 batu nautika daripada garis pantai). Geopark ini terletak di bahagian paling utara Semenanjung Malaysia,

Tuanku Syed Faizuddin (tengah) ketika merasmikan promosi ‘Perlis - The Undeniable Charm’ sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 di Los Angeles. - Foto ihsan Yayasan Tuanku Syed Putra KUALA LUMPUR: Pemangku Raja Perlis, Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat merasmikan promosi 'Perlis - The Undeniable Charm' sempena Tahun Melawat Perlis 2024-2025 di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) semalam. Sesi rangkaian industri berlangsung di 777 Tower di Figueroa Street anjuran Pejabat Tourism Malaysia Los Angeles dengan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia di

STRUKTUR batu susun binaan berusia lebih 100 tahun yang menjadi tinggalan sejarah aktiviti perlombongan bijih Timah ditemui di dalam hutan Banjaran Nakawan, Perlis baru-baru ini.- UTUSAN /SYAMIL ABD RAHMAN KANGAR: Banjaran Nakawan dari Kuala Perlis sehingga Wang Kelian, Padang Besar sejauh 36 kilometer mempunyai sejarah warisan geologi yang dikatakan berusia ratusan juta tahun. Istimewanya terdapat juga struktur batu binaan manusia berusia lebih 100 tahun yang menjadi tinggalan sejarah yang sinonim dengan aktiviti perlombongan bijih timah ditemui di banjaran itu khususnya di Kaki

Logo Perlis Geopark menampilkan nilai geologi seperti formasi Chuping (Bukit Chabang) serta fosil gastropod. Pemilihan warna hijau pada perkataan ‘PERLIS GEOPARK’ menekankan peri pentingnya menjaga dan memulihara alam sekitar. Manakala perkataan 'past & presense' menerangkan keadaan dan peralihan masa geologi dan warisan yang terdapat di Perlis Geopark.