GO UP
Image Alt

Perlis Geopark

PENGENALAN

Perlis Geopark merangkumi keseluruhan Negeri Perlis yang merupakan negeri paling utara di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia iaitu pada kedudukan 6° 15” N hingga 6° 45” N dan 100° 5” E hingga 100° 25” E.

Luas kawasan Perlis Geopark ialah 1,001 kilometer persegi. Keluasan kawasan projek geopark ini meliputi keseluruhan tanah daratan Negeri Perlis seluas 819 kilometer persegi dan kawasan luar pantai seluas 182 kilometer persegi (3 batu nautika daripada garis pantai). Geopark ini terletak di bahagian paling utara Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negara Thailand di bahagian utara, dan dengan negeri Kedah di bahagian selatan.  Wilayah Satun yang bersempadan dengan Perlis Geopark merupakan geopark bertaraf global yang dikenali sebagai Satun UNESCO Global Geopark, dan di barat Perlis Geoaprk terdapat satu lagi geopark global iaitu Langkawi UNESCO Global Geopark.